Khamis, 17 November 2011

18.11 menilai erti kehidupan ke 23tahun



Alhamdulillah sudah 23tahun aku hidup dibumi allah
aku besyukur sangat2 atas segala pemberian daripadanya.
tarikh yang aku banggakan sehingga hari ini 18.11
inilah tarikh aku dilahirkan 
pahit getir kehidupan keluarga aku sebelum ini
 sudah aku tempuhi
dan banyak lagi yang aku perlu tempuh 
untuk terus hidup
aku harus kuat,tabah seperti mana seorang ibu dan ayah menjaga dan mendidik aku.
aku bersyukur kerana mempunyai ayah dan ibu.
 MOHAMAD SUID BIN LEBAI HASHIM
SITI MASTURA BINTI SULAIMAN
terlalu banyak pengorbanan yang ayah dan ibu ku korbankan untuk aku selama ini
harapan seorang ayah dan ibu 
mahukan aku jadi org berguna 
menjadi contoh kepada adik-adik
merubah nasib keluarga yang tiada mempunyai apa2 harta seperti orang lain.
kais pagi makan pagi,kais petang makan petang
inilah yang aku rasa ketika aku dibesarkan
dicemuh,memang selalu..
iri hati,hasad dengki memang itu yang keluarga aku harus tempuh
tambah2 lagi seorang ibu
al-maklum la ibu ku asalnya dari kelantan 
merantau ditempat orang jauh dari saudara-mara
mulanya sewa dipondok hutan palas kodiang kedah
tapi tidak lama
dihalaunya keluar kerana sewa tidak bayar
tumpang dirumah saudara dibuatnya ibu ku seperti orang gaji
disepak,teranjang sudah jadi pekara biasa
tetapi tabah dan sabar seorang ibu 
semata-mata demi aku dan kakak
sehingalah suatu hari
ayah dan ibu bertemu dengan seorang hamba allah aku memanggilnya (tok long sapi)
yang bersimpati terhadap kami sekeluarga
beliau menyuruh ayahku teroka tanah untuk buat tempat berteduh
tanah yang tidak mempunyai tuan
walaupun ada tempat berteduh
hidup sekadar untuk hidup
adik beradik langsung tidak ambik peduli
orang lain pula yang lebih bersimpati
pada waktu itu ayah dan ibu ku
memberi aku kepada orang lain untuk menjaga aku
(arwah maklong nga)
beliau yang menjaga aku seperti anaknya sendiri
sehinggalah beliau meninggal dunia



 Terima kasih Ibu dan Ayah
jasa mu tidak dapat aku balas
tapi aku akan berikan yang terbaik kepada
 ayah,ibu dan adik-adik 
selagi aku bernafas

kepada semua kawan-kawan 
terima kasih yer atas ingatan hari lahir saya
moga kita semua diberkati dan berjaya
 dunia dan akhirat

Sambungan tunggu yerr.. PART 2 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...