Selasa, 8 November 2011

sedang leka aku berblog di mamak stall nie..
mata aku terpandang dengan sesuatu...
betol2 duduk di sebelah aku sekarang adalah org kurang upaya,mungkin sejak azali atau pon disebabkan penyakit..
aku melihat pergerakannya,tingkah lakunya,dan aku juga melihat pandangan mata org lain terhadapnya....
tangan dan kaki sudah tidak serupa manusia biasa..
bertutur dan berjalan pon jauh berbeza..
tetapi aku pasti perasaan nya sama seperti kita...ingin dilayan dan dilihat sempurna seperti manusia biasa..
dan aku melihat semua serba tidak sempurna..semua orang memandang sinis,semua memandangnya dengan beribu anggapan...bersediakah dia dengan keadaan yang sebegitu??
aku melihatnya dengan penuh rasa simpati..penuh penyesalan...banyak juga persoalan yang bermain di minda,kenapa dan bagaimana boleh jadi mcm tu
sebak hati melihat...sedih bila memandang..
kalaulah satu hari nanti aku pula yang menerima sakit yang sama..aku pula yang dilihat oleh orang lain,aku pula yang dilihat sinis,bagaimakah perasaan ku ketika aku..
makan sesuap belum tentu masuk ke mulut,mungkin jatuh ke tanah,minum seteguk belum tentu mengenai tekak,mungkin tumpah merata2..semua nya juga disebabkan ketidak upayaannya seperti manusia normal seperti aku....
aku minta dijauhkan dari semua itu,minta diberi kesihatan yang baik...
bersyukur juga...aku masih diberi khudrat olehnya...
masih diberi kekuatan olehnya...
masih diberi keupayaan olehnya...
masih dan masih....
dan bersyukurlah kita,kerana masih sempurna..
masih diberi nikmat oleh tuhan yang satu untuk menggunakan semua deria yang diberikan...
ALHAMDULILLAH.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...